Monday, August 3, 2009
KLIK UNTUK BESARKAN KERATAN



















Saturday, April 11, 2009
Kelas kemahiran di ibupejabat PSSCPUHK telah bermula dan diadakan pada setiap malam jumaat . Kelas ini diselia oleh YDP Kelantan sendiri , En Ahmad Ruzuki . Kelas ini akan membincangkan berkenaan dengan buah-buah umum , memperkemaskan kaedah dan buah-buah asas , jatuh dan potong .

Syarat untuk menyertai kelas kemahiran ini adalah tamat silibus matapelajaran (asas , jatuh dan potong) .

Kelas ini akan bermula pada pukul 9.00mlm dan biasanya akan berakhir pada pukul 11.00mlm pada setiap malam jumaat .

Pelajar IPT adalah digalakkan untuk menghadiri kelas ini sekiranya berpeluang demi untuk memantapkan ilmu dalam silat cekak .
Friday, April 3, 2009
Ustaz Hanafi Haji Ahmad dilahirkan pada 1923 di Kampung Sungai Baru , Mukim Gunung , Alor Setar , Kedah . Beliau merupakan anak yang sulung kepada tujuh orang adik beradik seibu sebapa . Ibunya bernama Hajjah Zainab . Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Maimunah binti Osman pada tahun 1947 yang berasal dari Bukit Mertajam , Seberang Prai . Mereka telah dikurniakan 6 orang anak .

PERWATAKAN

Menurut ibunya “ sejak kecil beliau mempunyai peribadi yang berlainan daripada adik-beradik dan kawan-kawan yang seusianya . Kebijakasanaan berfikir melaksanakan sesuatu pekerjaan jauh lebih baik daripada rakan-rakannya .

PENDIDIKAN

*1929- Berusia 6 tahun mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung , Alor Setar .

*1933- Berhenti dari Sekolah Melayu dan memasuki Sekolah Pondok di Kampung Alor
Gonchar , Mukim Gunung , Alor Setar , Kedah dibawah pengawasan Guru Haji Osman bin Lebai Zain .

*1936- Ketika berusia 14 tahun , bersekolah di Pondok Gur Chempedak , Gurun Kedah . Pelajaran agama diajar oleh Haji Abdul Majid dan pelajaran bahasa arab pula oleh guru Yahaya bin Jonid .

Beliau telah belajar agama secara tidak rasmi dengan guru berikut :

*Haji Bukhari bin Haji Hassan dari Batu 4 ¼ , Kampung Pinang , Mukim Pengkalan Kundur , Alor Setar , Kedah .

*Haji Hanafiah , bapa saudara beliau dari Anak Bukit Alor Setar Kedah .

*Haji Lah dari Chegar , Pantai Johor , Kedah .

Beliau telah berguru dengan Pak Ngah Shariff . Pada tahun 1942 ketika berusia 19 tahun Pak Ngah Shariff yang terkenal sebagai orang yang handal di Kedah pada ketika itu . Untuk mendapatkan ilmu , beliau terpaksa menjadi orang suruhan kepada Pak Ngah Shariff terlebih dahulu . Beliau di Kehendaki membuat kerja-kerja berat seperti memotong kayu , bercangkul disawah dan pada masa lapang barulah Pak Ngah Shariff mengajar ilmu mempertahankan diri dan ilmu kebatinan (ilmu ketuhanan). Beliau juga dapat mempelajari cara membuat ubat tradisional dan mendapat pengalaman menjual ubat daripada Pak Ngah Shariff . Walaubagaimanapun , dalam ilmu mempertahankan diri , Pak Ngah Shariff menasihati beliau agar tamat dengan orang lain .

Semasa merantau menjual ubat , beliau pernah berbincang pelbagai perkara dengan beberapa tokoh yang terkenal dalam bidang berikut :

*Che Salleh bin Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu (Tokoh Agama)

*Kiyai Fadhullah Suhaimi dari Singapura bertemu di Pahang (Tokoh Agama)

*Sheikh Osman Cincin dari Perak kononnya masyhur dengan Ilmu Kebal

*Abdullah Salleh yang terkenal dengan dengan gelaran Che Lah Keramat (Tokoh ilmu perubatan tradisional di Terangganu .

Pada tahun 1957 ketika berusia 34 tahun beliau telah berguru dengan Pak Haji Zain bin Abdul Rahman . Beliau menyedari inilah guru yang dicari-cari selama ini yang dapat membuat kesimpulan dalam ilmu tauhid (ilmu ketuhanan) . Kitab yang diajar oleh Pak Haji Zain ialah kitab Hikam Ibni Ataillah .

PENGALAMAN

*Menjual ubat diseluruh tanah air

*Bergiat dalam bidang politik pada tahun 1940an . Pernah memasuki Parti Seberkas dan Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar .

*Penyelia zakat pada tahun 0963 di Pejabat Agama Negeri Kedah.

*Menjual Apam Balik di Yala –Siam dan Pekan Rabu , Alor Setar , Kedah .

*Memimpin Persatuan Seni Silat Cekak mulai 1965 hingga Ogos 1986

Dibawah adalah gambar guru-guru kepada Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad lain-lain kenangan :


PAK HAJI ZAIN BIN ABDUL RAHMAN


PAK NGAH SYARIFF


PENYELIA PEJABAT ZAKAT


RUMAH PAK NGAH SYARIFF








KETIKA KEMBALI DARI TANAH SUCI MAKKAH



Usaha awal untuk menubuhkan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di Kelantan telah dibuat oleh Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad iaitu pada tahun 1977 melalui satu demonstrasi Silat Cekak besar-besaran , bertempat di Padang Merdeka , Kota Bharu .


Selepas 13tahun kunjungan beliau , pada Disember 1990 , hasil gabungan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), Silat Cekak telah mula bertapak di Pasar Mini Salor , Batu7 , Kampung Teluk Kandis , Salor , Kota Bharu , Kelantan . Pengenalan awal terdiri daripada 9 orang bekas pelajar IPT iaitu 6 orang pelajar dari Universiri Pertanian Malaysia(UPM) dan masing-masing seorang dari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Teknologi Mara (ITM). Latihan pada mulanya dijalankan disebuah rumah berhampiran Majid Lundang , Kota Bharu , Kelantan dan seterusnya mendapat kerjasama dari pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) , Kubang Kerian.


Pada 1 Januari 1991 , silat ini beribu pejabat di Lot 2094 , Kg Masjid Kota , 15100 Kota Bharu , Kelantan dan Mesyuarat Agung Pertama diadakan pada 3 Februari 1991 . Pengambilan ahli baru pertama diadakan pada 15 Februari 1991 dan seramai 19 orang telah di ijazahkan . Majlis seterusnya seramai 27 orang pelajar USM Kubang kerian diijazahkan .


Bermula pada 1 Julai 1997 PSSCUHMCK telah berkembang diseluruh negeri Kelantan dan mewujudkan pusat-pusat latihan di jajahan Kota Bharu , Pasir Mas , Tumpat dan Machang . Silat ini juga telah bertapak di IPT-IPT seperti Universiti Malaya , Politeknik Kota Bharu , Universiti Teknologi Mara , Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Kolej Poly-tech Mara .


Yang Di Petua PSSCUHMCK dari 1991-Sekarang:
  • Amar Anuar bin Yusoff (1991-1997)
  • Ahmad Ruzuki bin Abdul Rashid (1997-Sekarang)
Senarai rumah persatuan dari 1991-sekarang
  • (1991)Kg Masjid Kota , 15100 Kota Bharu , Kelantan.

  • (1997)Lot 2228 B , Berhadapan Kelantan FM , Jalan Wakaf Che Yeh , Kota Bharu .

  • (2004)PT 563 , Jalan KK2/4 , Bandar Baru Kubang Kerian .

  • (2007-Sekarang)Lot 2273, Lorong Wakaf Sena , Jalan Pasir Mas Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Berikut beberapa gambar kenangan Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad dan ahli demonstrasi Silat Cekak ketika mengadakan majlis penerangan pada tahun 1977 di Padang Merdeka , Kota Bharu , Kelantan :



























Thursday, April 2, 2009
Terdapat 4 kaedah utama dalam Silat Cekak iaitu :
  1. Kaedah A (Diilhamkan dari kedudukan berdoa)
  2. Kaedah B (Diilhamkan dari kedudukan qiam)
  3. Kaedah C (Diilhamkan dari kedudukan ketika rukuq)
  4. Kaedah D (Diilhamkan dari kedudukan ketika mengangkat takbir)

Dari 4 kaedah ini maka lahirlah 21 buah dan kepada ahli baru , mereka akan mengikuti silibus matapelajaran seperti dibawah :

  • Pada peringkat asas dan jatuh , ahli akan diperkenalkan kepada 20 buah sahaja .
  • Setelah mendapat 20 buah asas dan jatuh , ahli akan masuk pada peringkat potong.
  • Setelah tamat peringkat potong ahli akan dikenali sebagai ahli yang tamat silibus matapelajaran dan layak menerima buah ke 21 dalam Silat Cekak .
  • Ahli yang tamat akan masuk kepada peringkat umum sekiranya masih kekal dan seterusnya memasuki kelas kemahiran .
  • Jangka masa untuk tamat silibus matapelajaran ialah selama 7 bulan .
  • Kelas diadakan 2 kali seminggu .
  • Untuk info berkenaan dengan yuran sila emailkan pertanyaan anda kepada chkelantan@gmail.com

Sila hubungi blogmaster pada email diatas sekiranya berminat atau ingin mendapatkan info lanjut .

  1. "Makan cekak"merupakan peribahasa melayu Kedah membawa pergertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab menjalankan tugas . Tegasnya Seni Silat Cekak adalah seni silat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.

  2. "Cekak" dalam bahasa Minangkabau maksud cekak adalah gaduh . Jadi Silat Cekak adalah Gilat Gaduh.Tetapi bukan tujuan utama Silat Cekak digunakan untuk bergaduh tetapi yang boleh digunakan untuk menjaga keselamatan diri didalam pergaduhan .

  3. "Secekak"bermaksud segenggam bermakna Silat Cekak mengajar yang segenggam bukannya segantang . Segenggam kepuyaan guru . Ini bermakna mata pelajaran Silat Cekak merupakan intisari mata pelajaran silat sahaja(segenggam). Bukannya cabang silat yang banyak (segantang).

  4. Cekak bererti Ringkas di dalam bahasa jawa . Silat Cekak ini mudah dipelajari melalui sistem pelajaran yang teratur dan ringkas . Tidak perlu mengelak kekiri dan kekanan hanya berdiri lurus ketika menunggu serangan . Bergerak didalam gerak yang satu .

  5. Cekak bereti Pegangan iaitu silat ini mempunyai pendirian , pegangan dan tujuannya yang sendiri .Mempelajari silat bukan untuk bermegah-megah , sombong , menceroboh , mengikut nafsu tetapi sebenarnya untuk menjaga diri , bangsa dan agama .
Terdapat 5 pantang larang didalam Silat Cekak iaitu :

  1. Tidak boleh derhaka kepada guru
  2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
  3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
  4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
  5. Tidak boleh mencaci silat melayu asli yang lain