Friday, April 3, 2009
Usaha awal untuk menubuhkan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di Kelantan telah dibuat oleh Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad iaitu pada tahun 1977 melalui satu demonstrasi Silat Cekak besar-besaran , bertempat di Padang Merdeka , Kota Bharu .


Selepas 13tahun kunjungan beliau , pada Disember 1990 , hasil gabungan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), Silat Cekak telah mula bertapak di Pasar Mini Salor , Batu7 , Kampung Teluk Kandis , Salor , Kota Bharu , Kelantan . Pengenalan awal terdiri daripada 9 orang bekas pelajar IPT iaitu 6 orang pelajar dari Universiri Pertanian Malaysia(UPM) dan masing-masing seorang dari Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Teknologi Mara (ITM). Latihan pada mulanya dijalankan disebuah rumah berhampiran Majid Lundang , Kota Bharu , Kelantan dan seterusnya mendapat kerjasama dari pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) , Kubang Kerian.


Pada 1 Januari 1991 , silat ini beribu pejabat di Lot 2094 , Kg Masjid Kota , 15100 Kota Bharu , Kelantan dan Mesyuarat Agung Pertama diadakan pada 3 Februari 1991 . Pengambilan ahli baru pertama diadakan pada 15 Februari 1991 dan seramai 19 orang telah di ijazahkan . Majlis seterusnya seramai 27 orang pelajar USM Kubang kerian diijazahkan .


Bermula pada 1 Julai 1997 PSSCUHMCK telah berkembang diseluruh negeri Kelantan dan mewujudkan pusat-pusat latihan di jajahan Kota Bharu , Pasir Mas , Tumpat dan Machang . Silat ini juga telah bertapak di IPT-IPT seperti Universiti Malaya , Politeknik Kota Bharu , Universiti Teknologi Mara , Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Kolej Poly-tech Mara .


Yang Di Petua PSSCUHMCK dari 1991-Sekarang:
  • Amar Anuar bin Yusoff (1991-1997)
  • Ahmad Ruzuki bin Abdul Rashid (1997-Sekarang)
Senarai rumah persatuan dari 1991-sekarang
  • (1991)Kg Masjid Kota , 15100 Kota Bharu , Kelantan.

  • (1997)Lot 2228 B , Berhadapan Kelantan FM , Jalan Wakaf Che Yeh , Kota Bharu .

  • (2004)PT 563 , Jalan KK2/4 , Bandar Baru Kubang Kerian .

  • (2007-Sekarang)Lot 2273, Lorong Wakaf Sena , Jalan Pasir Mas Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Berikut beberapa gambar kenangan Allahyarham Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad dan ahli demonstrasi Silat Cekak ketika mengadakan majlis penerangan pada tahun 1977 di Padang Merdeka , Kota Bharu , Kelantan :