Friday, April 3, 2009
Ustaz Hanafi Haji Ahmad dilahirkan pada 1923 di Kampung Sungai Baru , Mukim Gunung , Alor Setar , Kedah . Beliau merupakan anak yang sulung kepada tujuh orang adik beradik seibu sebapa . Ibunya bernama Hajjah Zainab . Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Maimunah binti Osman pada tahun 1947 yang berasal dari Bukit Mertajam , Seberang Prai . Mereka telah dikurniakan 6 orang anak .

PERWATAKAN

Menurut ibunya “ sejak kecil beliau mempunyai peribadi yang berlainan daripada adik-beradik dan kawan-kawan yang seusianya . Kebijakasanaan berfikir melaksanakan sesuatu pekerjaan jauh lebih baik daripada rakan-rakannya .

PENDIDIKAN

*1929- Berusia 6 tahun mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung , Alor Setar .

*1933- Berhenti dari Sekolah Melayu dan memasuki Sekolah Pondok di Kampung Alor
Gonchar , Mukim Gunung , Alor Setar , Kedah dibawah pengawasan Guru Haji Osman bin Lebai Zain .

*1936- Ketika berusia 14 tahun , bersekolah di Pondok Gur Chempedak , Gurun Kedah . Pelajaran agama diajar oleh Haji Abdul Majid dan pelajaran bahasa arab pula oleh guru Yahaya bin Jonid .

Beliau telah belajar agama secara tidak rasmi dengan guru berikut :

*Haji Bukhari bin Haji Hassan dari Batu 4 ¼ , Kampung Pinang , Mukim Pengkalan Kundur , Alor Setar , Kedah .

*Haji Hanafiah , bapa saudara beliau dari Anak Bukit Alor Setar Kedah .

*Haji Lah dari Chegar , Pantai Johor , Kedah .

Beliau telah berguru dengan Pak Ngah Shariff . Pada tahun 1942 ketika berusia 19 tahun Pak Ngah Shariff yang terkenal sebagai orang yang handal di Kedah pada ketika itu . Untuk mendapatkan ilmu , beliau terpaksa menjadi orang suruhan kepada Pak Ngah Shariff terlebih dahulu . Beliau di Kehendaki membuat kerja-kerja berat seperti memotong kayu , bercangkul disawah dan pada masa lapang barulah Pak Ngah Shariff mengajar ilmu mempertahankan diri dan ilmu kebatinan (ilmu ketuhanan). Beliau juga dapat mempelajari cara membuat ubat tradisional dan mendapat pengalaman menjual ubat daripada Pak Ngah Shariff . Walaubagaimanapun , dalam ilmu mempertahankan diri , Pak Ngah Shariff menasihati beliau agar tamat dengan orang lain .

Semasa merantau menjual ubat , beliau pernah berbincang pelbagai perkara dengan beberapa tokoh yang terkenal dalam bidang berikut :

*Che Salleh bin Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu (Tokoh Agama)

*Kiyai Fadhullah Suhaimi dari Singapura bertemu di Pahang (Tokoh Agama)

*Sheikh Osman Cincin dari Perak kononnya masyhur dengan Ilmu Kebal

*Abdullah Salleh yang terkenal dengan dengan gelaran Che Lah Keramat (Tokoh ilmu perubatan tradisional di Terangganu .

Pada tahun 1957 ketika berusia 34 tahun beliau telah berguru dengan Pak Haji Zain bin Abdul Rahman . Beliau menyedari inilah guru yang dicari-cari selama ini yang dapat membuat kesimpulan dalam ilmu tauhid (ilmu ketuhanan) . Kitab yang diajar oleh Pak Haji Zain ialah kitab Hikam Ibni Ataillah .

PENGALAMAN

*Menjual ubat diseluruh tanah air

*Bergiat dalam bidang politik pada tahun 1940an . Pernah memasuki Parti Seberkas dan Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar .

*Penyelia zakat pada tahun 0963 di Pejabat Agama Negeri Kedah.

*Menjual Apam Balik di Yala –Siam dan Pekan Rabu , Alor Setar , Kedah .

*Memimpin Persatuan Seni Silat Cekak mulai 1965 hingga Ogos 1986

Dibawah adalah gambar guru-guru kepada Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad lain-lain kenangan :


PAK HAJI ZAIN BIN ABDUL RAHMAN


PAK NGAH SYARIFF


PENYELIA PEJABAT ZAKAT


RUMAH PAK NGAH SYARIFF








KETIKA KEMBALI DARI TANAH SUCI MAKKAH